Kehidupan peribadi Safwan_Nazri

Safwan Nazri dilahirkan pada 9 November 1994 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau juga mewujudkan akaun Instagram sejak tahun 2014, namun hanya mula aktif sejak Mac 2016 di mana semenjak itu beliau mula mendapat perhatian di kalangan para pengikut yang semakin bertambah dek kerana video lakonan bersama rakan sekelas yang dimuatnaik dan hobinya bermain sukan badminton dan futsal.